Pelancaran projek baru dijangka di Expo Hartanah Miri

Pelancaran projek baru dijangka di Expo Hartanah Miri

KOTA KINABALU, 19 Mei – Beberapa projek pembangunan berkaliber tinggi akan melakukan penampilan sulung pada PH Expo di Miri pada 22-24 Mei yang diadakan di Stadium Tertutup Miri.

Lebih 20 pemaju akan mengisi kira-kira 70 petak bagi mengetengahkan projek terbaru dari serata Malaysia dan luar negara, dengan Australia melakukan penampilan yang sangat kuat pada ekspo tahun ini.

Dua projek pembangunan yang signifikan dari Semenanjung Malaysia akan dipamerkan pada ekspo di Miri adalah PJ Midtown dan Lumi Tropicana, kediaman yang membawa makna baru kepada kehidupan moden bergaya.

PJ Midtown terletak di lokasi yang bertenaga di Seksyen 13 dan terdiri daripada suit servis 1, 2 dan 3 bilik tidur masing-masing dengan keluasan 600, 900 dan 1,200 kaki persegi.

Ia merupakan projek yang mematuhi Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang dilengkapi dengan dek kemudahan merentangi 25,000 kaki persegi dengan teres atas yang menawarkan pemandangan indah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Dibangunkan oleh IOI Properties, Sime Darby Properties dan Brunsfield, PJ Midtown dilancarkan pada 2014 dan akan menawarkan tinjauan pertama blok barunya kepada penduduk Miri yang akan dilancarkan di ekspo.

Setelah Mulpha Land melancarkan kempen untuk memperkenalkan visi berani rekaan kontemporari modennya, mereka akan mengetengahkan Lumi Tropicana, sebuah projek pembangunan 35 tingkat yang menampilkan 744 unit apartmen servis dan 62 unit SOHO.

Pelbagai kemudahan disediakan dalam hartanah ini seperti gelanggang futsal, kawasan pukulan golf, taman roller blade, mendaki batu dan lounge untuk bersantai.

Sejak pelancaran lembutnya pada Februari tahun ini, Lumi Tropicana telah ditampilkan di bandar-bandar Malaysia Timur seperti Kota Kinabalu, Kuching dan kini Miri. Tawaran menarik tersedia untuk pembeli yang berminat.

Program tiga hari PH Expo Miri 2015 dianjurkan oleh Property Hunter untuk melahirkan kesedaran peluang pelaburan hartanah di dalam dan luar negara.

Masuk adalah percuma dan dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam. Dapatkan maklumat lanjut mengenai peserta lain dalam isu akan datang. Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai PH Expo Miri, sila layari www.propertyhunter.com.my atau hubungi +60 88 719 787.

ARTIKEL YANG SAMA