Pelancaran roket berjaya

Pelancaran roket berjaya

CAPE CANAVERAL, Fla, 18 Okt – Salah sebuah syarikat penghantar utama NASA yang telah membuat pengembalian berjaya telah membuat pelancaran di Pantai Timur malam semalam dalam penghantaran stesen angkasa lepas pertamanya dari Virginia sejak letupan roket dua tahun lalu.

Itu adalah penerbangan pertama roket Antares, Orbital ATK yang tidak dikendali sejak 28 Oktober 2014, yang meletup yang memusnahkan pelancar dan memusnahkan segala-galanya pada bekalan stesen angkasa lepas.

Pelancaran itu menjadi tumpuan para pemerhati langit di sepanjang Pantai Timur. Laporan mencurah-curah masuk melalui Twitter dari para pemerhati di Washington, Baltimore, Phildelphia, New York dan malah Raleigh, North Carolina.

Bagi pengembalian Antares yang lama dinantikan, pelancar itu telah menjalani pemulihan dengan kos AS$15 juta dan roket mendapat enjin baru buatan Rusia untuk menggantikan yang vintaj dari setengah dekad sebelumnya.

Ketika Antares membelah langit malam dari Pangkalan Penerbangan Wallops, NASA, nampaknya seolah-olah semua kerja berbaloi, para pengawal lancar bertepuk sorak apabila kapal bekalan itu sampai ke orbit dan kemenangan diisytiharkan.

Imej yang disediakan oleh NASA menunjukkan pelancaran roket Orbital ATK Antares, bersama kapal angkasa Cygnus yang berlepas pada 17 Okt. – AP
Imej yang disediakan oleh NASA menunjukkan pelancaran roket Orbital ATK Antares, bersama kapal angkasa Cygnus yang berlepas pada 17 Okt. – AP

“Gembira dengan pengembalian ini,” kata Frank Culbertson, presiden kumpulan sistem angkasa lepas Orbital ATK.

Pentadbir NASA Charles Bolden menyifatkan pelancaran itu sebagai ‘mengagumkan’ dan saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan Orbital ATK.

“Selama dua tahun adalah tempoh masa sangat sukar, dan saya tidak dapat membayangkan apa yang kamu harungi dalam pasukan Orbital. Saya tidak dapat membayangkan berapa lama kamu menahan nafas kamu malam ini,” Bolden memberitahu ramai yang berada di kawalan pelancaran. “Tetapi, kita telah berjaya dan itu adalah yang paling penting.”

Dilancarkan dari Antares ialah kapsul Cygnus, Orbital ATK, yang membawa 5,000 pound makanan, peralatan dan penyelidikan, termasuklah beberapa eksperimen untuk mengkaji api di angkasa lepas dan bola mainan robotik Sphero, sebahagian usaha pendidikan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA