Pelancaran roket Rusia ditangguhkan

Pelancaran roket Rusia ditangguhkan

VOSTOCHNY, Rusia, 27 April – Pelancaran roket pertama daripada kosmodrom Rusia Vostuchny, yang telah dibelenggu oleh penangguhan pembinaan dan kejadian yang tidak diingini, hari ini ditangguh selama sehari, kata agensi angkasa lepas Roscosmos.

Roket Soyuz 2.1a yang membawa tiga satelit dijangka dilancarkan pada pukul 11.01 pagi waktu tempatan, namun ia dihentikan dua setengah minit sebelum berlepas, agensi berita Rusia melaporkan pengarah Roscosmos Igor Komarov sebagai berkata.

“Sistem kawalan automatik memulakan pemberhentian automatik,” kata beliau, sementara penolong pengarah Andrey Ivanov juga mengetepikan kemungkinan berlakunya kesilapan manusia.

Percubaan kedua akan dilakukan pada masa yang sama esok, kata agensi. Pusat angkasa lepas baru, terletak di timur rantau Amur, telah dialu-alukan oleh Presiden Vladimir Putin sebagai projek pembinaan terbesar negara sekarang dengan belanjawan dianggarkan berjumlah di antara 300 dan 400 bilion rubles. – AFP

Presiden telah berkunjung ke kosmodrom untuk pelancaran perasmiannya, kata jurucakap beliau. Kira-kira 10,000 pekerja sejak 2012 telah membina jalan raya sepanjang 115 kilometer di rantau tersebut, serta landasan kereta api sepanjang 125 kilometer dan sebuah bandar dengan perumahan untuk 25,000 orang. – AFP

Roket Soyuz 2.1a Rusia yang membawa satelit Lomonosov, Aist-2D dan Samsat-218 berada di pad pelancaran di kosmodrom Vostochny yang baru di luar bandar Uglegorsk, Kelmarin. – AFP
Roket Soyuz 2.1a Rusia yang membawa satelit Lomonosov, Aist-2D dan Samsat-218 berada di pad pelancaran di kosmodrom Vostochny yang baru di luar bandar Uglegorsk, Kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA