Pelancaran roket SpaceX dibatalkan

Pelancaran roket SpaceX dibatalkan

CAPE CANAVERAL, Fla., 29 Feb (Reuters) – Pada saat terakhir, SpaceX dari Elon Musk menghentikan rancangan untuk melancarkan roket Falcon 9 semalam, sekali lagi menafikan usaha untuk meletakkan satelit ke orbit dan kemudian mendaratkan peringkat pertama kenderaan atas platform laut, langkah yang mungkin akan mengurangkan kos.

Roket setinggi 23 tingkat itu, membawa satelit komunikasi bagi SES SA yang berpangkalan di Luxembourg, kurang dari dua minit dari pelancaran pada 6:47 petang (1147 GMT) apabila pasukan pelancaran menghentikan perkiraan, kata SpaceX ketika siaran menerusi web. Ia adalah kali ketiga syarikat itu membatalkan pelancaran satelit itu.

Musk, pengasas dan ketua eksekutif SpaceX, berkata pegawai keselamatan Air Force menghentikan perkiraan selepas sebuah bot didapati berada dalam zon larangan ke timur tapak pelancaran Cape Canaveral Air Force Station, SpaceX.