Pelancong AS tergelincir, maut dalam kolam panas

Pelancong AS tergelincir, maut dalam kolam panas

WASHINGTON, 9 Jun – Seorang pelancong Amerika meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam kolam air panas di Taman Negara Yellowstone, pihak taman itu berkata semalam.

Lelaki berusia 23 tahun itu berjalan di luar pelantar laluan yang ditetapkan apabila dia tergelincir dan jatuh ke dalam kolam air panas berhampiran lembah air panas. Beliau ketika itu bersama dengan kakaknya dan sejurus kejadian itu dilaporkan, pihak penyelamat dikerahkan untuk menyelamatkannya, pihak taman itu berkata dalam satu kenyataan akhbar.

Kematian lelaki itu merupakan kejadian kedua di kawasan haba di taman itu, yang mengandungi air panas semasa musim panas 2016. Sabtu lalu, seorang bapa dan anaknya telah tercedera akibat melecur selepas tergelincir di kawasan haba itu.

Pasukan penyelamat mengesahkan mangsa dalam kemala-ngan semalam yang meninggal dunia itu ialah Nathaniel Scott. – dpa

Gambar yang diambil pada September 2009 ini menunjukkan kawasan Lembah Norris Geyser di Taman Negara Yellowstone, Wyo. Seorang lelaki dilaporkan jatuh ke dalam kolam air panas di Taman Negara Yellowstone semalam selepas tergelincir ke dalam kolam tersebut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA