Pelancong asing diserang militan

Pelancong asing diserang militan

HERAT, Afghanistan, 4 Ogos – Militan Taliban menyerang sekumpulan 12 pelancong Amerika dan Eropah yang diiringi oleh konvoi askar Afghanistan di barat wilayah Herat hari ini, mengakibatkan tujuh orang cedera ketika pemberontak meningkatkan serangan seluruh negara.

Para pelancong itu – lapan warga Britain, tiga warga Amerika dan seorang warga Jerman – telah diserbu oleh lelaki bersenjata Taliban di daerah bergolak Chesht-e-Sharif, ketika dalam perjalanan dari wilayah jiran Bamiyan dan Ghor.

Tidak jelas kenapa mereka membuat perjalanan melalui jalan darat pada ketika kedutaan Barat biasanya memberi amaran rakyatnya untuk tidak membuat semua perjalanan dalam Afghanistan, memetik ancaman penculikan dan serangan.

Seorang pelancong asing dirawat di sebuah hospital setelah mengalami kecederaan akibat diserang militan Taliban di barat wilayah Herat, pada 4 Julai. – AFP
Seorang pelancong asing dirawat di sebuah hospital setelah mengalami kecederaan akibat diserang militan Taliban di barat wilayah Herat, pada 4 Julai. – AFP

“Pelancong asing – tiga warga Amerika, enam Britain, dua Scotland dan seorang Jerman – sedang membuat perjalanan bersama konvoi askar Afghanistan apabila mereka diserbu di Chesht-e-Shartif,” kata jurucakap gabenor Herat, Jilani Farhad.

Menurutnya lagi, pemberontak telah disingkirkan dan warga asing telah diiringi ke bandar Herat, menambah bahawa sekurang-kurangnya enam warga asing dan pemandu Afghanistan mereka cedera.

Serangan itu muncul ketika militan Taliban memperkukuhkan serangan musim panas tahunan mereka selepas reda seketika semasa bulan suci Ramadan, yang berakhir pada awal Julai. – AFP