Pelancong Belanda maut dalam ‘rompakan bot’

Pelancong Belanda maut dalam ‘rompakan bot’

BOGOTA, 22 Sept (AFP) – Polis sedang menjalankan siasatan selepas seorang wanita Belanda yang sedang menjelajahi Colombia bersama suaminya telah ditemui mati dalam bot pelayaran mereka di luar pantai pada hujung minggu, menggelarnya ia ‘luar biasa’.

Durdana Bruije ditemui mati pada Sabtu dalam bot ‘Lazy Duck’ di kepulauan Rosario, hanya satu jam menggunakan bot dari bandar pesisir Cartagena.

Suaminya, Petrus Hedirikus, 65, mengatakan bot itu ‘telah didekati oleh enam lelaki bersenjata, lima berhud, yang merompak dan membunuh isterinya,” Kapten Jorge Herrera, pegawal pantai memberitahu AFP.

Mereka pergi terburu-buru dengan melarikan sejumlah wang tunai 200,000 peso ($65) dan Hendirikus mengatakan dia kemudian membawa mayat isterinya menggunakan bot ke Cartagena, tempat dia pergi ke ibu pejabat polis.

“Ini sangat luar biasa,” kata Herrera, menambah bahawa para penyiasat sedang cuba untuk ‘memastikan apa yang sebenarnya berlaku’.

Menurut media tempatan, Hedirikus mengatakan sewaktu kejadian serangan itu dia berada di dalam bilik air.