Pelancong Britain dipijak hingga mati oleh gajah

Pelancong Britain dipijak hingga mati oleh gajah

BANGKOK, 2 Feb – Seorang pelancong Britain dipijak hingga mati oleh seekor gajah di pulau pelancong Thailand, Koh Samui, menurut polis hari ini, serangan terbaru yang mengakibatkan kematian dari binatang-binatang yang sering menghiburkan para pelancong.

Lelaki itu yang dikenal pasti oleh polis sebagai Gareth Crowe, 36 tahun sedang menunggang di belakang gajah itu bersama anak perempuannya tengah hari semalam apabila ia tiba-tiba menghumbankan mereka, menurut polis.

“Kami mengesyaki cuaca panas membuatkan gajah marah dan gajah itu tidak biasa dengan gembala gajah,” Paiboon Omark, ketua daerah Samui memberitahu AFP.

Gembala gaja ialah orang yang melatih, mengawal dan menunggang gajah, lazimnya selepas bertahun-tahun membina ikatan rapat dengan binatang itu.

Paiboon berkata Crowe mempunyai sebelah kaki palsu dan tidak dapat melarikan diri daripada gajah yang mengamuk itu. Anak perempuannya dan gembala gajah, seorang warga Myanmar, tercedera tetapi sempat melarikan diri dan terselamat, tambahnya. Gajah itu bernama ‘Golf’ ditenangkan dan berjaya dikawal, ujarnya lagi.

Jurucakap di kedutaan Britain berkata mereka mengetahui tentang kejadian itu dan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa.

Thailand mempunyai kira-kira 4,000 ekor gajah domestik, ramai bekerja di perdagangan pelancong, di samping kira-kira 2,500 ekor gajah liar.

Pada Ogos lalu, seekor gajah membunuh gembalanya dengan tiga pelancong China yang ketakutan masih berada di belakangnya. Para pelancong itu terselamat.

Penggunaan gajah oleh Thailand bagi pelancongan semakin di bawah pengawasan ekoran siri-siri skandal dan penyiasatan oleh kumpulan hak asasi.

Kerajaan pada masa ini bertikai dengan Tiger Temple yang berkontroversi yang enggan memberikan beratus-ratus harimau yang mereka simpan secara tidak sah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA