Pelancong China tipu wanita tempatan

Pelancong China tipu wanita tempatan

KOTA KINABALU, 25 Sept (Bernama) – Seorang pelancong China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan cuba memperdaya seorang wanita tempatan pada 14 September lepas.

Zhao XingQin, 53, berasal dari Yunan, China didakwa menipu Ling Been Lan, 45, dengan memperdayakan mangsa bahawa keluarganya akan ditimpa musibah sekiranya tidak menyerahkan harta kepada tertuduh.

Wanita itu melakukan kesalahan tersebut di Taman Foh Sang di sini pada 14 September, dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.