Pelancong Czech tunggu sebulan untuk diselamatkan

Pelancong Czech tunggu sebulan untuk diselamatkan

WELLINGTON, 25 Ogos – Seorang pelancong Czech ditemui di dalam sebuah pondok terpencil di New Zealand yang mana dia telah menanti selama sebulan untuk diselamatkan selepas rakan yang bersamanya melakukan pengembaraan berjalan kaki terjatuh dan maut, polis berkata hari ini.

Pasukan penyelamat yang melancarkan usaha pencarian itu, menemui wanita tersebut semalam selepas dibimbangi dengan keadaan mereka yang tidak dilihat sejak keluar berjalan melalui trek Routeburn sejauh 32 kilometer di barat daya negara.

Polis yang menggunakan helikopter terbang di sepanjang laluan itu dan menemui wanita itu di pondok warden Jabatan Pemuliharaan, menurut Inspektor Olaf Jensen yang mengesahkan pasangan itu adalah pelancong dari Republik Czech.

Wanita itu yang identitinya tidak didedahkan, berkata mereka telah memasuki trek itu pada 24 Julai dan rakannya terjatuh di lereng curam empat hari kemudian.

Dia berjaya sampai kepada rakannya itu, tetapi dipercayai rakannya itu mati tidak lama selepas itu. Salji lebat turun di kawasan itu dan wanita itu telah berada di tempat terbuka selama tiga malam sebelum menemui pondok itu yang mempunyai makanan, gas dan kayu api dan yang mana dia berlindung sejak awal Ogos.

“Keadaan begitu teruk yang telah mereka hadapi,” kata Jensen, dengan menambah kata bahawa ‘amat dalam’ dan telah melalui tanda trek. “Mereka menjadi keliru dan terkeluar dari trek.”

Di pondok itu, dia membuat isyarat dari salji untuk meminta bantuan, dia merasa lega semalam apabila diselamatkan.”

Jensen berkata adalah ‘sangat luar biasa bagi seseorang hilang di belukar New Zealand bagi tempoh lama seumpama itu tanpa dilaporkan.

Wanita itu dikatakan berusia awal 30an, telah dirawat bagi kecederaan kecil, reput dan hipotermia, kata Jensen.

outeburn adalah trek terkenal di dunia di seluruh Selatan Alp New Zealand dan menarik beribu-ribu pelancong setiap tahun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA