Pelancong dipindahkan

Pelancong dipindahkan

CHRISTCHURCH, New Zealand, 15 Nov – Pekerja-pekerja penyelamat di New Zealand hari ini mula membawa keluar pelancong-pelancong yang terjejas dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang memusnahkan sebahagian dari pesisir South Island dan mencetuskan kira-kira 100,000 kejadian tanah runtuh.

Helikopter-helikopter tentera mula membawa 1,200 orang yang bercuti yang terperangkap di kota Kaikoura, yang mengalami gempa bumi dan meragut dua jiwa apabila ia berlaku semalam.

Para pegawai berkata tentera AS dan Jepun juga menyertai usaha menyelamat itu.

Kejadian tanah runtuh besar memutuskan jalan dan landasan kereta api Kaikoura, dan polis berkata air berkurangan, tenaga terhenti dan beratus-ratus orang berlindung di pusat pemindahan.

Kota itu mempunyai penduduk 2,000 orang, yang dikatakan Perdana Menteri, John Key diperkukuhkan dengan kehadiran pelancong, kebanyakannya pelancong antarabangsa yang tertarik dengan kawasan popular bagi memerhati paus.

Helikopter Pasukan Pertahanan New Zealand mendarat di Woodend selepas memindahkan kira-kira 1,200 pelancong yang terkandas di Kaikoura akibat gempa bumi 7.8 magnitud yang menyebabkan kemusnahan di pantai timur South Island. – AFP
Helikopter Pasukan Pertahanan New Zealand mendarat di Woodend selepas memindahkan kira-kira 1,200 pelancong yang terkandas di Kaikoura akibat gempa bumi 7.8 magnitud yang menyebabkan kemusnahan di pantai timur South Island. – AFP

Key berkata mengeluarkan mereka dengan selamat adalah keutamaan dan empat helikopter mula membawa mereka ke Christchurch yang berhampiran, dengan beberapa lagi helikopter awam juga memberikan bantuan.

Kapal tentera laut HMNZS Canterbury sedang menuju ke kawasan itu dan akan membawa beratus-ratus orang lagi apabila tiba kemungkinan esok.

Key menganggarkan kos pembaikan akibat gempa bumi itu mungkin mencecah bilion dolar tetapi berkata tugasan pertama adalah menghantar bekalan yang begitu diperlukan ke kota itu.

“Mungkin lebih banyak air dan makanan akan dihantar, begitu juga tandas kimia, memperbaiki akses jalan-jalan raya, mengeluarkan pelancong dan kemudian tugasan pembersihan besar,” dia memberitahu TVNZ.

Pasukan Tentera Pertahanan berkata C-103 Hercules bersedia untuk menjatuhkan bekalan, sementara pegawai menerima tawaran Tentera Laut AS bagi dua buah helikopter MH-60 dan bantuan dari Jepun, keadaan sebenar masih lagi di bawah perbincangan.

Seorang pelancong, David Fould dari Auckland berkata dia gembira dapat keluar dari Kaikoura selepas berdepan dengan pengalaman pahit yang menakutkan.

“Kami sangka, beberapa orang telah menggoyangkan kereta, kami tidak tahu apa yang berlaku. Kereta dalam keadaan bergoyang-goyang ke atas ke bawah. Ia sangat menakutkan saya,” ujarnya kepada AFP. – AFP