Pelancong HK saksi keindahan semula jadi

Pelancong HK saksi keindahan semula jadi

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 11 Ogos – Rombongan hampir 20 pelancong dari Hong Kong telah meluangkan masa semasa berada di negara ini dengan mengunjungi Rumah Panjang Teraja, di sini.

Rombongan tersebut terdiri daripada kumpulan yang dinamakan Ecobus dan juga pelajar-pelajar dari Sekolah Sains dan Teknologi serta Universiti Hong Kong, yang telah diketuai oleh Dr. Tang dan Yu Mei Wong.

Lawatan mereka yang dikendalikan oleh Kumpulan 1Stop-Brunei Wildlife telah diketuai oleh Awang Ali Nazri, bertujuan untuk melihat kecantikan alam semula jadi di dalam hutan dan juga untuk menyaksikan berbagai-bagai habitat.

Selain mengunjungi Ulu Labi, rombongan tersebut juga telah melawat ke Daerah Temburong dengan tujuan yang sama.

Dayang Embong Munah menerima cenderahati kenangan daripada ketua rombongan pelawat.
Dayang Embong Munah menerima cenderahati kenangan daripada ketua rombongan pelawat.

Semasa berada di Rumah Panjang Teraja, rombongan telah disambut baik oleh penghuni di rumah tersebut, di mana sudah menjadi budaya penghuni untuk menyambut para pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara dengan menyediakan hidangan tradisi masyarakat Iban seperti ayam dalam buluh dan sebagainya.

Di samping itu, mereka juga mempamerkan hasil kerja tangan dalam kalangan kaum wanita di sana seperti anyaman bakul, tudung dulang, dan sebagainya, yang diperbuat daripada tumbuhan alam semula jadi yang terdapat di persekitaran mereka.

Sebagai tanda penghargaan atas inisiatif usaha kalangan kaum wanita di rumah panjang itu, ketua rombongan pelawat berkenaan turut memberikan cenderahati yang disampaikan kepada Ketua Biro Wanita Rumah Panjang, Dayang Embong Munah di akhir sesi lawatan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA