Pelancong Itali maut dipijak gajah

Pelancong Itali maut dipijak gajah

MOMBASA, Kenya, 19 Sept – Seorang pelancong Itali telah dipijak hingga mati oleh gajah semasa mengambil gambar haiwan itu di Taman Negara Tsavo berhampiran bandar pantai Kenya, Malindi, kelmarin, kata polis.

Ketua Polis Malindi, Muchangi Mutava berkata hari ini bahawa lelaki berusia 66 tahun telah diserang oleh gajah berhampiran Kem Swara di mana dia tinggal dalam taman tersebut di ladang Kulalu.

Pelancong itu ternampak gajah itu di kawasan berair, beberapa meter dari kem. “Dia … menuju ke kawasan berair dan mula mengambil gambar, cuba memprovokasi gajah yang menuju ke arah beliau dan menyerangnya, dengan mengalami kecederaan yang teruk,” kata Mutava.

Pekerja di kem tersebut terus ke lokasi kejadian dengan segera dan berjaya menghalau gajah itu, namun mangsa meninggal dunia sementara menunggu penghantaran kecemasan melalui udara ke sebuah hospital di Malindi, menurut pegawai polis. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA