Pelancong kecewa tidak dapat mendaki gunung

Pelancong kecewa tidak dapat mendaki gunung

KUNDASANG, 8 Jun (Bernama) – Serombongan 35 pelancong dari Pulau Pinang merasa kecewa apabila hasrat mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu terbantutekoran kejadian gempa bumi yang turut melanda gunung itu Jumaat lalu.

Namun mereka tetap datang ke Sabah untuk menikmati keindahan lain yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.

Seorang peserta rombongon, Wang Choon Yiek, 46, berkata walaupun kecewa kerana tidak berpeluang untuk mendaki Gunung, namun beliau tetap berpuas hati kerana dapat bercuti ke Sabah.

Beliau berkata rancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu dibuat sejak tahun lepas dan telah ditunda sebanyak tiga kali disebabkan beberapa halangan.

“Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kami tidak berada di puncak Gunung Kinabalu semasa gempa bumi berlaku,” tambah Wang.