Pelancong Rusia dipanah petir

Pelancong Rusia dipanah petir

ATHENS, 29 Mei (dpa) – Sekumpulan pelancong Rusia telah dibawa ke hospital di Crete, selepas dipanah petir di tapak arkeologi Knossos, menurut pegawai kesihatan hari ini.

Pegawai di bandar pelabuhan Heraklion – berhampiran Knossos memberitahu dpa bahawa seramai 17 orang telah dibawa ke hospital, lapan orang daripadanya berada ‘dalam keadaan baik’ namun masih lagi terkejut.

Menurutnya yang lain mengalami cedera ringan yang serius, manakala pelancong wanitanya berdepan serangan jantung. Dia dikatakan selamat namun berada dalam keadaan serius di hospital.