‘Pelancongan gelap’ Fukushima bantu pamulihan

‘Pelancongan gelap’ Fukushima bantu pamulihan

NAMIE, Jepun, 6 Mac (AFP) – Shinichi Niitsuma dengan penuh ghairah menunjukkan para pengunjung tentang tarikan bandar kecil, Namie; yang garisan pantainya pernah dilanda tsunami, rumah yang terbiar dan bukit berhadapan reaktor-reaktor penuh dengan radiasi iaitu reaktor loji nuklear Fukushima yang tidak berfungsi lagi.

Lima tahun selepas bencana nuklear yang telah mengosongkan kebanyakan pantai timur laut Jepun, pelancongan memberikan peluang kepada para penduduk tempatan di bandar terbiar itu untuk menghalau ketakutan-ketakutan masa lalu.

Seperti kem tahanan Nazi di Poland dan tapak runtuhan di New York, kawasan-kawasan yang musnah oleh bencana Fukushima kini menjadi tempat tumpuan bagi ‘pelancongan suram’ dan setiap tahun menarik minat lebih 2,000 orang pelancong yang ingin melihat keadaan selepas bencana nuklear paling teruk dalam tempoh setengah dekad.

“Tidak ada tempat seperti Fukushima, melainkan mungkin Chernobyl untuk melihat bagaimana teruknya bencana nuklear itu,” kata Niitsuma, dengan merujuk kepada nahas 1986 di Ukraine.

Gambar yang diambil pada 11 Februari 2016 menunjukkan peserta ‘pelancongan gelap’ melihat rumah yang terbiar di Namie, wilayah Fukushima, selepas bencana tsunami dan kemalangan loji nuklear di Fukushima. - AFP
Gambar yang diambil pada 11 Februari 2016 menunjukkan peserta ‘pelancongan gelap’ melihat rumah yang terbiar di Namie, wilayah Fukushima, selepas bencana tsunami dan kemalangan loji nuklear di Fukushima. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA