‘Pelanduk dua serupa’ pengasas Alibaba?

‘Pelanduk dua serupa’ pengasas Alibaba?

JACK Ma, Individu kedua terkaya di dunia, akan membiayai pendidikan ‘pelanduk dua serupa’ beliau yang berusia lapan tahun, menurut satu kenyataan daripada gergasi e-perniagaan Alibaba baru-baru ini.

Budak lelaki itu, Fan Xiaoqin, mendapat nama gelaran ‘Jack Ma mini’ apabila gambar-gambarnya yang dimuat naik ke dalam talian tahun lepas, menunjukkan keserupaan yang mengejutkan dengan wajah pengasas Alibaba itu.

Ma teruja dengan keserupaan pada bentuk wajah itu.

“Sekali pandang, saya fikir ia adalah gambar saya ketika masih kecil,” katanya dalam Sina Weibo pada tahun lepas.

“Saya seolah-olah melihat cermin.”

Pengasas Alibaba, Jack Ma (kiri), ketika masih kecil. – Xinhua
Pengasas Alibaba, Jack Ma (kiri), ketika masih kecil. – Xinhua
Beliau dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$28.2 bilion.
Beliau dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$28.2 bilion.

“Satu-satunya perbezaan antara kami adalah cara kami memasang butang baju,” jelasnya.

Beberapa gambar dan video mengenai Fan, yang tinggal di Daerah Yongfeng di timur Wilayah Jiangxi, China, pada mulanya diambil dan dimuat naik oleh seorang penduduk kampung pada musim sejuk tahun 2014. Budak itu tidak lama lagi menjadi selebriti siber dan rayuannya telah menyentuh hati ramai orang.

Miskin, tidak bersekolah

Dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin, budak lelaki itu dan abangnya tidak pernah pergi ke sekolah. Ibunya menderitai polio dan telah kehilangan sebelah mata selepas diserang seekor lembu jantan.

Manakala neneknya pula mengalami demensia. Bapa kepada budak lelaki itu pula, yang merupakan pencari nafkah tunggal keluarga tersebut, kehilangan sebelah kaki dalam satu kemalangan.

Kisah ‘Jack Ma mini’ itu telah tersebar luas sekali lagi pada tahun ini ketika ‘Hari Single’. Acara beli-belah online tahunan pada 11 November yang telah dilancarkan oleh Alibaba, dan tahun ini, hasil jualan syarikat tersebut meningkat sehingga 120 bilion yuan (AS$17.6 bilion).

Pengguna media sosial masih ingat dengan Fan dan keluarganya, dan menggesa Ma untuk membantu budak lelaki itu.

Ma sedar dengan kekecohan itu dah telah dilaporkan bahawa beliau mengumumkan keputusannya dalam kalangan syarikatnya untuk membiayai pendidikan budak lelaki itu, dari sekolah rendah hingga ke peringkat kolej.

Jack Ma, 52, pernah bekerja sebagai guru bahasa Inggeris dan juga penterjemah dalam kerjaya awalnya, dan kini, dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$28.2 bilion, berada di kedudukan kedua dalam senarai Forbes 2016 China bagi 400 orang terkaya.

“Situasi Fan bukan sesuatu yang lucu. Ia adalah satu hakikat yang serius,” kenyataan yang dibuat oleh Alibaba.

Jack Ma (kiri) ketika masih remaja.
Jack Ma (kiri) ketika masih remaja.
Fan (dua dari kiri) , abangnya (kiri) bersama ibu bapa mereka.
Fan (dua dari kiri) , abangnya (kiri) bersama ibu bapa mereka.
‘Jack Ma mini’ adalah nama gelaran yang diberikan kepada seorang budak lelaki bernama Fan Xiaoqin. – Xinhua
‘Jack Ma mini’ adalah nama gelaran yang diberikan kepada seorang budak lelaki bernama Fan Xiaoqin. – Xinhua

“Masih terdapat ramai penduduk yang hidup dalam kemiskinan di negara ini. masalah perkembangan dan pendidikan di kawasan pedalaman dan kadar kanak-kanak yang terbiar begitu membimbangkan,” katanya.

Menjelang penghujung tahun 2015, China masih mempunyai sekitar 55.75 juta orang yang hidup dalam kemiskinan. Kira-kira 40 juta orang kanak-kanak hidup dalam kemiskinan di seluruh negara.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Awam, negara itu juga mempunyai 9.02 juta orang kanak-kanak terbiar di kawasan pedalaman, yang mana ibu bapa mereka merupakan pekerja pendatang, atau salah seorang pekerja pendatang dan seorang lagi layak bagi penjagaan.

“Untuk membiayai pendidikan seorang kanak-kanak bukanlah sesuatu yang sukar, tetapi demi untuk membantu berjuta-juta orang kanak-kanak miskin, lebih banyak sumber-sumber yang perlu untuk digunakan,” menurut kenyataan Alibaba.

Lebih daripada 700 juta penduduk China telah berjaya diselamatkan daripada kemiskinan dalam tempoh tiga dekad kebelakangan ini. China berikrar untuk mengangkat penduduk miskinnya keluar daripada kemiskinan menjelang 2020.

Kerajaan China telah memperuntukkan dana bantuan kemiskinan yang berjumlah 189.84 bilion yuan sejak 2011 hingga 2015, dan akan memperuntukkan lebih banyak dana dalam tempoh lima tahun akan datang ini, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Maklumat Majlis Negeri. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA