Pelanduk lawan gajah

Pelanduk lawan gajah

PARIS, 14 Ogos (AFP) – Salah sebuah kelab paling kerdil yang pernah beraksi dalam liga utama Perancis bakal menjadi kebangkitan ngeri pada Ahad apabila Corsica Gazelec Ajaccio berdepan Paris Saint-Germain di Parc des Princes.

PSG memulakan kempen mereka untuk menjulang gelaran Ligue 1 keempat berturut-turut dengan kemenangan 1-0 di Lille hujung minggu lalu, walaupun bermain lebih jam dengan 10 pemain selepas Adrien Rabiot dibuang padang.

Pasukan Laurent Blanc kini berusaha untuk mencatatkan ke-15 berturut-turut dalam pertandingan domestik apabila melayan pasukan baru, Gazelec di ibu negara.

Gazelec, yang beraksi dalam liga utama buat kali pertama dalam sejarah selepas memenangi promosi, tidak bersusah payah untuk meletakkan diri dalam Ligue 1 apabila seri 0-0 dengan rakan baru L1, Troyes hujung minggu lalu.

Tetapi sekarang mereka akan berdepan PSG dalam apa yang dilihat di atas kertas sekurang-kurangnya sebagai satu daripada ketidakpadanan paling besar pernah disaksikan dalam liga utama Eropah.

Pertemuan PSG (gambar) dengan pasukan baru L1 Gazelec Ajaccio umpama pelanduk menentang sang gajah. – Reuters
Pertemuan PSG (gambar) dengan pasukan baru L1 Gazelec Ajaccio umpama pelanduk menentang sang gajah. – Reuters

Ketika PSG yang disokong Qatar meningkatkan bajet musim ini sekitar 490 juta euro (AS$546 juta) dan minggu lalu membelanjakan 63 juta euro untuk mendapatkan Angel Di Maria dari Manchester United, bajet Gazelec pula dilaporkan hanya sekitar 13.8 juta euro yang jauh kurang daripada gaji tahunan Zlatan Ibrahimovic.

Nama terbesar dalam skuad pulau itu mungkin Djokovic, walaupun kelahiran Croatia, midfield Damjan Djokovic yang membesar di Belanda itu bukan superstar tenis Novak Djokovic.

Bagaimanapun, ketua pasukan Paris Thiago Silva menegaskan: “Ia akan menjadi perlawanan yang sukar kerana kami tidak banyak mengetahui pasukan ini. Mereka mungkin memberikan kami masalah. Tetapi jika kami memberi tumpuan seperti menentang Lille, semuanya akan berjalan lancar.

“Adalah sukar untuk mana-mana pasukan datang dan menentang kami di Parc,” kata Silva yang bersetuju dengan rekod PSG tidak pernah tewas dalam aksi liga di tempat sendiri sejak Mei tahun lepas.

Bagaimanapun, PSG tanpa Ibrahimovic kerana masalah lutut manakala Di Maria belum bersedia untuk membuat penampilan sulung walaupun sudah diperkenalkan kepada penyokong tuan rumah.