Pelanggan Audi sertai AUDE 2015

Pelanggan Audi sertai AUDE 2015

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Pelanggan-pelanggan TCY Motors yang memiliki kereta jenama Audi telah dijemput untuk menyertai Program Audi Urban Driving Experience (AUDE) 2015 yang diadakan buat kali kedua.

Program yang diadakan selama dua hari, kelmarin dan hari ini itu berlangsung di Litar Lumba Go Kart dan kawasan letak kereta Pusing Lagi, Taman Permainan Jerudong.

Dalam program itu, para peserta menjalani tiga latihan menggunakan model terbaru Audi TTS di bawah tunjuk ajar Nico Smit dari Afrika Selatan dan Paul Gray dari Australia, kedua-duanya wakil dari AUDE.

Program tersebut juga memberi pendidikan kepada pemilik kereta mengenai kemahiran keselamatan menggunakan kereta jenama Audi dan juga memberi pengetahuan mendalam dalam pemanduan secara selamat dan dinamik.

Kelmarin, program dimulakan pada waktu pagi menerusi latihan memandu yang menampilkan Audi A5 Coupe, A7 Sportback, A8L dan Q7, di mana para pelanggan dan jemputan berpeluang memandu kereta-kereta tersebut dan mencuba fungsi-fungsi yang ada pada kesemua model berprestij berkenaan dan pada waktu yang sama mengawal semasa memandu kereta di lebuh raya.

Antara peserta yang menyertai program AUDE 2015.
Antara peserta yang menyertai program AUDE 2015.
Para peserta berpeluang memandu secara maksima menggunakan Audi TTS model terbaru dari Audi yang mempunyai kuasa sehingga 300 kuasa kuda.
Para peserta berpeluang memandu secara maksima menggunakan Audi TTS model terbaru dari Audi yang mempunyai kuasa sehingga 300 kuasa kuda.

Latihan kedua pula, demonstrasi fungsi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang mana para pakar AUDE mengajar menggunakan sistem ESC secara efektif dalam situasi kecemasan terutamanya dalam keadaan kereta lain datang dari hadapan secara mengejut.

Dalam latihan itu, para pemandu harus menekan minyak ke tahap kelajuan 60 km/j dan mendorong ke kiri dan ke kanan secara mengejut melalui kon yang diletakkan tanpa menekan brek.

Latihan terakhir dan paling popular ialah pengalaman memandu di litar lumba, JP Go-Kart, di mana mereka memandu Audi TTS keluaran terbaru yang menjadi varian paling teratas dalam keluarga TT.

Dalam pemanduan itu, Audi TTS mampu mencecah sehingga 300 kuasa kuda dan dilengkapi dengan teknologi All Wheel Drive. Ia juga merupakan model Audi pertama yang dimuatkan dengan sistem inovatif Audi Virtual Cockpit.

TCY Motors melahirkan harapan agar AUDE menjadi acara tahunan untuk menawarkan para peserta pengalaman unik dan mempelajari pemanduan dinamik dan selamat, di samping melihat lebih dekat model-model terbaru yang ditawarkan oleh ejen Audi di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA