Pelanggan bawa pulang hadiah menarik

Pelanggan bawa pulang hadiah menarik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Empat pelanggan bertuah Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC), hari ini, membawa pulang hadiah-hadiah menarik setelah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah ‘Baba Nyonya Food Festival 2015’ yang berlangsung di Restoran Seasons, Hotel Centrepoint, Gadong.

Dalam cabutan itu, Dayang Noorfatiah binti Hasnul yang memenangi pakej percutian tiga hari dua malam ke Melaka untuk dua orang tajaan Tourism Malaysia; Haji Abdul Osman bin Haji Lamit membawa pulang satu tiket penerbangan ke Kuala Lumpur tajaan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB); Dayang Salriniwati pula memenangi tiket penerbangan ke Kuala Lumpur tajaan Malaysia Airlines (MAS) dan Haji Mohd Yassin bin Said menang pakej penginapan tiga hari dua malam di Hotel Centrepoint dan baucar RBC bernilai $200 tajaan Abdul Razak Holdings serta RBC.

Penyampaian hadiah masing-masing telah disempurnakan oleh Pengarah Tourism Malaysia ke Brunei Darussalam, Dayang Zurina binti Abdul Samad; Pemangku Pengurus Besar RBC selaku wakil RB, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh; wakil MAS, Dayang Nur Khadijah binti Abdullah dan wakil dari Abdul Razak Holdings, Dayang Rosidah binti Jalil. Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Perniagaan Perbankan Bank Baiduri Berhad, Davern Lim, pegawai dan kakitangan RBC, wakil-wakil Bank Baiduri Berhad serta para jemputan khas.

Pengiran Haji Abdul Rahman menyerahkan hadiah kepada Haji Abdul Osman.
Pengiran Haji Abdul Rahman menyerahkan hadiah kepada Haji Abdul Osman.
Dayang Noorfatiah ketika menerima hadiah sambil disaksikan oleh Pengiran Haji Abdul Rahman.
Dayang Noorfatiah ketika menerima hadiah sambil disaksikan oleh Pengiran Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA