Pelanggan bertuah berpeluang saksikan sukan berprestij di S’pura

Pelanggan bertuah berpeluang saksikan sukan berprestij di S’pura

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Seorang pemegang kad debit UnionPay Baiduri berpeluang menyaksikan secara langsung Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 tahun 2015 di Singapura apabila terpilih sebagai pemenang promosi ‘Celebrate Your Way with UnionPay’ sempena sukan berprestij Asia Tenggara itu.

Chung Boon Hwa dan saudara kandung perempuannya akan terbang ke Singapura pada 15 Jun ini, dan menginap di hotel lima bintang selama dua malam serta berpeluang menyaksikan pusingan akhir perlawanan bola sepak Sukan SEA.

Selain itu, mereka juga akan menyaksikan secara langsung majlis penutup Sukan SEA di Stadium Kebangsaan Singapura pada 16 Jun.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Ibu Pejabat Bank Baiduri, Kiarong, hari ini, dan telah disempurnakan oleh Pengurus Divisyen Perhubungan Jenama Kad dan Sokongan Pemasaran Perbankan Perniagaan, Perbankan Runcit Bank Baiduri, Michelle Lo.

Chung Boon Hwa dan saudara kandung perempuannya akan terbang ke Singapura pada 15 Jun ini.
Chung Boon Hwa dan saudara kandung perempuannya akan terbang ke Singapura pada 15 Jun ini.

Menurut kenyataan Baiduri, promosi berkenaan berjalan dari 1 hingga 31 Mei lalu, yang mana pemenang kad debit UnionPay Baiduri yang menggunakan kad mereka sepanjang tempoh berkenaan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pakej pelancongan untuk dua orang bagi menyaksikan Sukan SEA 2015.

Bagi maklumat lanjut mengenai kad Debit UnionPay Baiduri atau mana-mana kad Baiduri bolehlah melayari laman sesawang www.baiduri.com atau menghubungi talian 2449666. Untuk mengetahui mengenai produk-produk dan perkhidmatan terkini Baiduri, orang ramai boleh mengikuti Baiduri di akaun Facebook, Twitter dan Instagram.

ARTIKEL YANG SAMA