Pelanggan bertuah BSM terima hadiah

Pelanggan bertuah BSM terima hadiah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Lima orang pelanggan bertuah dalam promosi Win With Helix bagi cabutan bulan Julai 2016 telah menerima hadiah sagu hati dalam majlis penyampaian yang berlangsung di ruang lobi Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), di sini, hari ini.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Penjenamaan dan Perhubungan BSM, Awang Mohd Adini bin Haji Mohd Daini.

Para pemenang bertuah dalam cabutan kali ini ialah Dayangku Haslinda binti Pengiran Sulaiman, Law Hu Tuan, Abdul Kader Tahir Hussain, Dayang Nurul Ain binti Mohd Arzy dan Awang Abdul Shamady bin Shamsuddin, yang di samping menerima hadiah-hadiah istimewa, turut menerima hadiah tambahan berupa minyak Shell Helix 4 liter.

Cabutan utama bagi promosi ini akan diadakan pada September depan, sehubungan itu, orang ramai masih lagi berpeluang untuk menyertai promosi yang ditawarkan oleh BSM ini dengan membeli produk Shell Helix Ultra 5W-40, HX7 10W-40 dan HX5 15W-40 dalam bentuk botol 4 liter atau dram 209 liter.

Awang Mohd Adini bergambar ramai bersama lima pemenang sagu hati dalam promosi Win With Helix.
Awang Mohd Adini bergambar ramai bersama lima pemenang sagu hati dalam promosi Win With Helix.
Awang Mohd Adini ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Awang Mohd Adini ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA