Pelanggan bertuah ke UK

Pelanggan bertuah ke UK

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu! Itulah yang terjadi kepada Dayang Nur Atikah binti Morshidi apabila diumumkan sebagai pemenang Kuiz SMS FLY2Euro sekali gus memenangi tiket penerbangan ke United Kingdom.

Ketika ditemui Media Permata, Dayang Nur Atikah melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih atas kemenangannya itu.

Menurutnya, beliau mula menyertai pertandingan SMS ini seawal bulan Mac yang lalu.

Manakala itu, tempat kedua kuiz berkenaan telah dimenangi oleh Awang Mohammad Afra Aiman bin Marali yang membawa pulang hadiah berupa pelan Progresif $25 untuk kontrak setahun dan tempat ketiga dengan membawa pulang telefon bimbit Huawei G7 dimenangi oleh Dayang Masleha binti Haji Hassan.

Dayang Nur Atikah (tengah) dan para pemenang lain bergambar ramai bersama pihak penaja di Bilik Pameran Hyundai Setia Motors.
Dayang Nur Atikah (tengah) dan para pemenang lain bergambar ramai bersama pihak penaja di Bilik Pameran Hyundai Setia Motors.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah tajaan Modays Technology dan Syarikat Setia Motors Sdn Bhd pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Hyundai Setia Motors ialah Pengurus Jualan Setia Motors, Awang Mohd Fadillah bin Haji Sulaiman bersama Pengurus Modays Technology, Pengiran Saiful Khalid bin Pengiran Haji Yunus.

Kuiz SMS FLY2Euro Cooltones ini telah berlangsung dari 7 Mac hingga 2 Mei 2016 dan dibukakan kepada pengguna Progresif.

ARTIKEL YANG SAMA