Pelanggan bertuah menang baucar $3,000

Pelanggan bertuah menang baucar $3,000

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Dayang Siti Muslihat binti Haji Salleh telah diumumkan sebagai pemenang Cabutan Bertuah Hari Raya Pasar Raya First Em-porium sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa baucar membeli-belah bernilai $3,000 dalam majlis cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Cawangan First Emporium, Batu Satu, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir untuk menyaksikan dan menyempurnakan penyampai-an hadiah kepada pemenang hadiah utama ialah Pengerusi Kumpulan First Emporium, Lim Koh Phay.

Di majlis itu juga, hadiah kedua berupa baucar membeli-belah bernilai $2,000 telah dimenangi Dayang Asmah binti Haji Samat, dan hadiah ketiga berupa set bufet bernilai $1,200 telah dimenangi oleh Haji Marali bin Haji Mazain.

Manakala itu, hadiah keempat berupa telefon pintar Apple iPhone 6 dimenangi oleh Hajah Radiah binti Haji Mohd Zin, hadiah kelima berupa Apple Watch Sport dimenangi oleh Benilda C. Alilano dan hadiah keenam berupa peranti pintar Apple iPad Air 2 pula dimenangi oleh Dayang Romaizah binti Haji Basir.

Lim Koh Phay (kanan) menyampaikan hadiah utama berupa baucar membeli-belah bernilai $3,000 kepada Dayang Siti Muslihat (kiri).
Lim Koh Phay (kanan) menyampaikan hadiah utama berupa baucar membeli-belah bernilai $3,000 kepada Dayang Siti Muslihat (kiri).
Lim Koh Phay bergambar ramai dengan para pemenang cabutan bertuah berkenaan serta kakitangan Pasar Raya First Emporium.
Lim Koh Phay bergambar ramai dengan para pemenang cabutan bertuah berkenaan serta kakitangan Pasar Raya First Emporium.

Di samping enam hadiah tersebut, tiga orang lagi pemenang bertuah turut membawa pulang hadiah berupa hamper.

Promosi cabutan bertuah Hari Raya bagi kumpulan pasar raya berkenaan telah diadakan kira-kira sebulan, bermula 9 Jun hingga 8 Julai di mana para pelanggan yang membeli-belah di pasar raya berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan berkenaan.