Pelanggan bertuah OGH menang iPhone 6 Plus

Pelanggan bertuah OGH menang iPhone 6 Plus

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Awangku Abdul Farid bin Pengiran Idros memenangi Apple iPhone 6 Plus (64GB) apabila dipilih sebagai pemenang minggu pertama promosi sungkai Ramadan di Hotel Orchid Garden (OGH).

Penyampaian hadiah kepada Awangku Abdul Farid, hari ini, telah disempurnakan oleh Pengarah Minuman dan Makanan OGH, Awang Amirol Misli.

Dalam promosi ini, setiap minggu dalam bulan Ramadan ini, pelanggan bertuah akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa berupa TV LED Philips 42 inci, Samsung Galaxy S6 LTE 64GB, Baucar Katering OGH bernilai $2,000 atau Apple Iphone 6 Plus 64 GB.

Selain itu, pelanggan yang menyertai peraduan bergambar semasa bersungkai dan bersahur semasa bulan Ramadan, dengan hanya muat naik gambar makan di OGH melalui Instagram akan berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy S6 Edge (64GB).

Untuk tempahan dalam promosi ini, orang ramai boleh menghubungi 2335544 sambungan 5 atau melayari www.orchidgradenbrunei.com.

Amirol Misli (kiri) menyampaikan hadiah kepada Awangku Abdul Farid (kanan).
Amirol Misli (kiri) menyampaikan hadiah kepada Awangku Abdul Farid (kanan).

ARTIKEL YANG SAMA