Pelanggan bertuah TAIB terima hadiah

Pelanggan bertuah TAIB terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB), hari ini telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kempen Cabutan Bertuah TAIB dalam majlis yang diadakan di Pejabat Pengurusan Korporat Perbadan TAIB, The Airport Mall, Berakas.

Penyampaian hadiah-hadiah berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Perbankan Runcit, Pengiran Hajah Faizahanim binti Pengiran Haji Bakar dan Ketua Cawangan-cawangan, Dayang Aziha binti Abu Daniel. Antara hadiah-hadiah yang dimenangi adalah baucar pelancongan bernilai $2,000, baucar gajet bernilai $1,500 dan peralatan elektrik bernilai $1,000 sebagai hadiah-hadiah utama manakala itu pemenang-pemenang sagu hati pula menerima baucar membeli-belah bernilai $100 setiap satu.

Perbadanan TAIB dalam kenyataannya menyatakan bahawa kempen tersebut telah bermula 2 Mei hingga 2 Ogos 2016 yang lalu, dan dibukakan kepada para pelanggan yang mendaftar bagi penetapan gaji ke Perbadanan TAIB, pendaftaran baru bagi kad ATM dan permohonan baru bagi pembiayaan runcit.

Pemenang-pemenang Kempen Cabutan Bertuah TAIB.
Pemenang-pemenang Kempen Cabutan Bertuah TAIB.

ARTIKEL YANG SAMA