Pelanggan bertuah terima hamper

Pelanggan bertuah terima hamper

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 20 Dis – Gedung Membeli-belah KBSentral terus memberikan penghargaan kepada pelanggannya apabila menghadiahkan mereka dengan hamper bernilai $100 hari ini.

Dalam satu acara, Sentral’s Surprize Surprize, salah seorang pelanggan bertuahnya, Awang Muhd Hasni bin Muhd Umar dikejutkan apabila mendapati keretanya dibungkus dengan riben dan logo-logo dari KBSentral dan tidak menyangka terpilih memenangi hamper itu. Beliau yang ditemani anaknya, Nurafny menerima hamper yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KBSentral, Sim Poh Fatt.

Menurut Sim, mereka sememangnya tidak membuat pengumuman bagi aktiviti itu kerana ingin memberikan unsur kejutan kepada pelanggan.

Mereka yang bertuah akan dipilih apabila mengunjungi kedai, makan atau menonton wayang di gedung membeli-belah itu bila-bila masa.

Sim Poh Fatt menyerahkan hadiah berupa hamper kepada pelanggang bertuah tersebut.
Sim Poh Fatt menyerahkan hadiah berupa hamper kepada pelanggang bertuah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA