Pelanggan bertuah ulang tahun pertama Marrybrown

Pelanggan bertuah ulang tahun pertama Marrybrown

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Bersempena dengan ulang tahunnya yang pertama pada 27 Disember ini, Marrybrown telah mengadakan cabutan bertuah ‘Spend, Eat and Win’ bagi minggu ini yang berlangsung di Marrybrown, Gadong, hari ini.

Cabutan minggu ini menyaksikan Dayang Norahtina Seriyati binti Haji Omar membawa pulang hadiah utama berupa gajet GoPro. Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pengarah Urusan Marrybrown, Thomson Tan.

Majlis petang tadi itu turut menyaksikan 24 orang pelanggan bertuah lain membawa pulang pelbagai hadiah lain seperti telefon pintar Alcatel D3 dan D5 serta baucar makan Secret Recipe.

Aktiviti cabutan bertuah ini telah bermula pada 1 Oktober lalu sehingga esok (30 November) di mana para pelanggan bertuah berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik setiap minggu sepanjang tempoh promosi tersebut.

Thomson Tan bergambar ramai bersama pemenang utama dan keluarga beliau.
Thomson Tan bergambar ramai bersama pemenang utama dan keluarga beliau.
Antara pemenang bertuah yang mendapat hadiah cabutan bertuah Marrybrown.
Antara pemenang bertuah yang mendapat hadiah cabutan bertuah Marrybrown.

ARTIKEL YANG SAMA