Pelanggan bertuah Yayasan terima hadiah

Pelanggan bertuah Yayasan terima hadiah

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Lima pemenang bertuah cabutan utama promosi “The Yayasan Complex Shop and Win 2015” menerima hadiah masing-masing hari ini.

Mereka ialah Awang Muhammad Syafiq bin Haji Johari yang memenangi sebuah televisyen Sony 48” LED TV dan Sony DVD Home Theatre; Dayang Mahani binti Haji Besar (iPhone 6S 64GB); Awang Ramlee bin Haji Hassan (Samsung Galaxy Note 5); Dayang Kastini binti Haji Jumat (Canon EOS Camera) dan Awang Mohammad Haadi bin Awang Jaya (iPad Air 2 16GB).

Majlis Penyampaian hadiah berlangsung di Kompleks Yayasan di ibu negara dan disempurnakan oleh ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.

Promosi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menyokong objektif Brunei Salebration 2015 yang bermula pada 7 Disember 2015 dan telah berakhir pada 8 Februari lalu, selain menggalakkan orang ramai berkunjung dan membeli-belah di Kompleks Yayasan.

Haji Awang Mohammad Hanafi ketika menyampaikan hadiah kepada Awang Muhammad Syafiq.
Haji Awang Mohammad Hanafi ketika menyampaikan hadiah kepada Awang Muhammad Syafiq.
Haji Awang Mohammad Hanafi bergambar ramai bersama para pemenang bertuah.
Haji Awang Mohammad Hanafi bergambar ramai bersama para pemenang bertuah.

Sepanjang tempoh Brunei Salebration 2015 tersebut, Kompleks Yayasan mengadakan dua kali acara cabutan bulanan iaitu sekali pada bulan Januari dan yang terakhir pada bulan Februari.

Pada cabutan Januari, seramai 75 orang pelanggan bertuah telah memenangi pelbagai hadiah barangan elektronik atau baucar membeli-belah manakala 75 orang pelanggan lagi memenangi cabutan hadiah bulanan kedua, hari ini.

Undian awal telah pun diadakan dan seramai 75 orang peserta tersebut telah dipanggil pada hari ini bagi mencabut lima hadiah utama bagi “The Yayasan Complex Shop and Win 2015”, sementara selebihnya pula memenangi sama ada barangan elektronik ataupun baucar membeli-belah.

ARTIKEL YANG SAMA