Pelanggan BIBD terima ganjaran

Pelanggan BIBD terima ganjaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menyampaikan hadiah-hadiah tiket penerbangan kepada semua pemenang bulanan kempen ‘Swipe to Fly’ pada Pameran Rumah BIBD di The Mall, Gadong, hari ini.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Produk Kad BIBD, Dayang Siti Rafeah binti Haji Jakir.

Menurut kenyataan BIBD, promosi berkenaan telah berakhir 29 Februari lalu, di mana setiap transaksi menggunakan Kad BIBD melayakkan pemegang kad untuk menyertai kempen berkenaan.

Sebagai bonus tambahan, mana-mana transaksi menggunakan kad yang sama melebihi $50 juga melayakkan lima penyertaan.

Gambar ramai bersama para pemenang.
Gambar ramai bersama para pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA