Pelanggan BMW hadiri klinik perkhidmatan

Pelanggan BMW hadiri klinik perkhidmatan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport sah kenderaan jenama BMW di Brunei Darussalam, telah menjemput kira-kira 80 orang pelanggannya untuk menghadiri Klinik Perkhidmatan Pelanggan BMW yang diadakan di Bilik Pameran BMW, Beribi, di sini, hari ini.

Antara objektif acara itu adalah untuk memupuk hubungan yang lebih erat dengan para pelanggan, seterusnya memperkenalkan mereka kepada pasukan perkhidmatan di sana serta membiasakan mereka dengan BMW.

Kumpulan pelanggan yang terpilih berkenaan turut diberikan Laporan Keadaan Kenderaan (Vehicle Condition Report) secara percuma di samping berpeluang menyaksikan penelitian lengkap yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih BMW dan dibantu oleh penasihat perkhidmatan pelanggan BMW.

Selain itu, para pelanggan juga diberi peluang untuk melihat lebih dekat model-model terbaru BMW dan mengetahui mengenai promosi istimewa yang ditawarkan.

Pelanggan BMW dibawa melihat lebih dekat ke bengkel BMW.
Pelanggan BMW dibawa melihat lebih dekat ke bengkel BMW.

Para pelanggan seterusnya, juga dibawa mengunjungi bengkel serta gudang alat ganti untuk memberikan mereka gambaran bagaimana perkhidmatan yang diberikan BMW dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan mengenai kenderaan juga dijawab oleh para juruteknik yang membantu sepanjang acara itu diadakan.

Dalam pada itu, QAF Auto turut membuat demonstrasi mengenai pelbagai ciri-ciri model BMW.

ARTIKEL YANG SAMA