Pelanggan CBTL menangi kaca mata Audi

Pelanggan CBTL menangi kaca mata Audi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Seorang pelanggan bertuah The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), baru-baru ini, telah memenangi barangan eksklusif Audi daripada T.C.Y. Motors apabila terpilih dalam cabutan bertuah Audi Avengers & the Coffee Bean.

Dayang Nurul Afizah binti Ahmad yang berbelanja di CBTL cawangan Kementerian Kewangan, telah menerima kaca mata eksklusif Audi Sport Gloryfy G1 berharga lebih $300 daripada butik bilik pameran Audi, Kiarong, sementara itu lima lagi pemenang dari lima cawangan lain menerima hadiah sagu hati Audi.

Promosi cabutan bertuah yang diadakan bulan lalu itu dianjurkan oleh T.C.Y. Motors selaku pengedar rasmi Audi di negara ini bersama CBTL bersempena tayangan perdana filem The Avengers: The Age of Ultron di Brunei.

Pelanggan yang berbelanja lebih $15 di mana-mana enam cawangan CBTL di Daerah Brunei dan Muara layak untuk menyertai cabutan berkenaan.

Dayang Nurul Afizah menunjukkan kaca mata eksklusif Audi yang dimenangi.
Dayang Nurul Afizah menunjukkan kaca mata eksklusif Audi yang dimenangi.

Siri kedua francais filem Avengers menampilkan kereta-kereta terbaru Audi iaitu R8, TT Coupe dan A3 Cabriolet sebagai sebahagian daripada kerjasama di antara Audi dan Marvel sejak filem pertama Iron Man pada 2008.

ARTIKEL YANG SAMA