Pelanggan Darussalam terima hadiah

Pelanggan Darussalam terima hadiah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Seramai 10 orang pelanggan bertuah masing-masing menerima hadiah-hadiah menarik daripada promosi cabutan bertuah Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) yang disampaikan oleh Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed dalam majlis yang berlangsung di Pejabat DHSB, The Airport Mall di sini, hari ini.

Pemenang utama, Pengiran Zakiah binti Haji Yusof telah membawa pulang hadiah iPhone 6, diikuti oleh Hajah Salbiah di tempat kedua yang mendapat Aifa TV 50” dan di tempat ketiga Hong Mee Yeun yang membawa pulang hadiah Vivo Shot.

Pada majlis itu, Haji Mahmud turut menyampaikan hadiah kepada tujuh orang pelanggan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik seperti iPad Mini, iPad Air, Samsung Tab 3 dan banyak lagi.

Cabutan Bertuah ini adalah bersempena dengan Pesta Pelancongan Brunei 2015 kali ke-12 anjuran Abacus Brunei bagi mana-mana pelanggan yang telah membuat pembelian tiket melalui Darussalam Holdings Sdn Bhd.

Haji Mahmud (enam, kiri) bergambar ramai bersama para pemenang promosi cabutan bertuah DHSB.
Haji Mahmud (enam, kiri) bergambar ramai bersama para pemenang promosi cabutan bertuah DHSB.

ARTIKEL YANG SAMA