Pelanggan DST bawa pulang hadiah lumayan

Pelanggan DST bawa pulang hadiah lumayan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Tiga pelanggan bertuah DST telah membawa pulang hadiah lumayan apabila terpilih sebagai pemenang dalam promosi Sign Up to iPhone Contract.

Dalam promosi itu, Awang Jasni bin Haji Saniah memenangi Macbook Pro, AppleCare Protection Plan, LTE MiFi dan barangan DST bernilai $2,200 sebagai pemenang pertama.

Manakala itu, Haji Mohd Sofian bin Haji Abdul Majid di tempat kedua membawa pulang iPad, LTE MiFi, aksesori dan barangan DST bernilai $1,500.

Di tempat ketiga, Pengiran Haji Arjuki@Pengiran Haji Marjuki bin Pengiran Haji Abdul Rahman telah menerima Apple Watch, LTE Mifi dan barangan DST bernilai $1,000.

Reaksi Awang Jasni (dua kanan) ketika mendapat tahu beliau telah memenangi tempat pertama.
Reaksi Awang Jasni (dua kanan) ketika mendapat tahu beliau telah memenangi tempat pertama.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Sesi bergambar ramai.
Sesi bergambar ramai.

Penyampaian hadiah telah diadakan di Pasar Raya Giant, Tasik Rimba, hari ini, dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail selaku tetamu kehormat majlis.

Promosi berkenaan telah diadakan dari 1 September 2015 hingga 31 Januari 2016, di mana pelanggan yang mendaftar bagi pelan kontrak iPhone 6 dan iPhone 6 Plus DST secara automatik layak untuk mengikuti cabutan bertuah bagi peluang memenangi hadiah menarik daripada DST.

Upacara penyampaian hadiah ini merupakan salah satu acara yang ada di dalam Jelajah Daerah DST selain pelbagai aktiviti-aktiviti, gerai pameran dan kaunter-kaunter.

ARTIKEL YANG SAMA