Pelanggan DST bawa pulang hadiah menarik

Pelanggan DST bawa pulang hadiah menarik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Seramai 15 pelanggan bertuah DST, petang tadi, telah membawa pulang pelbagai hadiah menarik apabila dipilih sebagai pemenang kuiz Facebook dan cabaran Instagram DST.

Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat DST, di sini, hari ini, telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Besar Bahagian Perniagaan DST, Haji Amer Iskandar bin Pehin Dato Haji Zakaria sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail selaku tetamu kehormat majlis.

Bagi Cabaran Foto Instagram 4G, tempat pertama dimenangi oleh Awang Ammar Nasrullah Haji Ramli yang membawa pulang Samsung Galaxy A3, manakala itu, pemenang kedua, Awang Dzuhaini Farihanali bin Johari memenangi Samsung galaxy J1.

Tempat ketiga, Awang Mohammad Wafiuddin bin Haji Ahmad menerima baucar DST bernilai $100, sementara itu, tempat keempat dan kelima, masing-masing menerima baucar DST bernilai $50.

Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.
Antara pemenang yang menerima hadiah baucar.
Antara pemenang yang menerima hadiah baucar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, cabaran foto yang berlangsung dari 20 Januari hingga 20 Februari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dalam cabaran itu, para peserta perlu memuat naik foto kreatif dengan tema ‘What does speed mean to you?’ dan tag Instagram, rasmi DST ‘@dstbn’.

Sementara itu, cabaran Facebook ‘Guest What’ pula telah diadakan pada 15 hingga 26 Februari lalu, di mana para peserta diminta untuk menyebut produk dan/atau perkhidmatan DST sebagai jawapan kepada petunjuk yang diberikan oleh DST di laman Facebook mereka.

Seramai 10 orang peserta diumumkan sebagai pemenang dan masing-masing menerima baucar bernilai $60 setiap seorang.

ARTIKEL YANG SAMA