Pelanggan DST menang hadiah

Pelanggan DST menang hadiah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seramai 40 orang pelanggan bertuah membawa pulang hadiah-hadiah menarik apabila terpilih sebagai pemenang dalam pelbagai kuiz dan pertandingan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dan Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan DST ke-20 tahun, di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ibu Pejabat DST di sini, hari ini.

Para pemenang terdiri daripada pelanggan yang mengikuti Kuiz ‘Facebook Hari Raya,’ ‘Hari Raya 4G LTE Repost and Win,’ ‘Kristal Astro Festive Deal Promotion’ dan ‘DST Incomm Powerkad Ceria Lebaran.’

Seramai 15 pemenang Kuiz ‘DST Incomm Powerkad Ceria Lebaran’ menerima tambah nilai Powerkad bernilai $20, $30 dan $100 yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Awang Aziz bin Abdullah.

Sepuluh pemenang Kuiz ‘Facebook Hari Raya DST’ pula menerima baucar wang tunai bernilai $40 dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Am Subsidiari-subsidiari dan Perkhidmatan Pelanggan Kumpulan DST, Haji Matnaruddin bin Ibrahim.

Gambar ramai pelanggan bertuah DST yang membawa pulang pelbagai hadiah menarik.
Gambar ramai pelanggan bertuah DST yang membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Sementara itu, penyampaian hadiah berupa DST 4G starter pack $30, Baucar DST bernilai $50 dan hadiah-hadiah sagu hati daripada DST kepada lima pemenang Kuiz ‘Hari Raya 4G LTE Repost and Win’ telah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengurus Am Perhubungan Global dan Perniagaan Antarabangsa, Produk Kumpulan dan Pemasaran Kumpulan, Haji Amer Iskandar bin Pehin Dato Haji Zakaria.

Manakala itu, lima orang pemenang ‘Kristal Astro Festive Deals Promotion’ membawa pulang TV LED 24 inci yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Am Kristal Astro dan Kristal Media, Dayang Ramlah binti Haji Rabaha.

Menurut kenyataan DST, dengan adanya kuiz-kuiz dan pertandingan ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelanggan DST dan pihak mereka.

ARTIKEL YANG SAMA