Pelanggan Freshco menang cabutan bertuah

Pelanggan Freshco menang cabutan bertuah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Nama Dayang Siti Normala Zaini diumumkan sebagai pemenang hadiah utama promosi cabutan bertuah Shop, Dine & Win FreshCo ke-14 dalam majlis yang berlangsung di FreshCo, Jalan Laksamana Abdul Razak, Batu 1, di sini, petang ini.

Sementara itu, Dayang Norhani, Dayang Noor Azizah binti Abdullah dan Dayang Siti Lauyah binti Haji Mirassan masing-masing mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam aktiviti Fresco Guess, Search & Win.

Tiga peserta bertuah itu diberikan tiga minit untuk meneka dan mencari produk tertentu di Pasar Raya Freshco, yang mana masing-masing menerima baucar bernilai $200, $100 dan $50.

Siri cabutan bertuah yang kini memasuki tahun kedua itu bertujuan untuk melahirkan rasa penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang memberikan sokongan berterusan.

Suami Dayang Siti Normala sebagai wakil (kiri) menerima hadiah utama yang dimenangi daripada wakil FreshCo.
Suami Dayang Siti Normala sebagai wakil (kiri) menerima hadiah utama yang dimenangi daripada wakil FreshCo.

ARTIKEL YANG SAMA