Pelanggan Indera Motor, ahli Perdana BIBD tonton filem terbaru James Bond

Pelanggan Indera Motor, ahli Perdana BIBD tonton filem terbaru James Bond

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Aziz Idris

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Para pelanggan Jaguar Land Rover Brunei dan ahli-ahli Perdana Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), semalam, telah diraikan dengan menyaksikan filem James Bond ‘Spectre’ di Empire Cinema, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis anjuran Indera Motor Sdn Bhd, selaku pengedar jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Brunei Darussalam, Ben Boddy serta para pengurus eksekutif Indera Motor Sdn Bhd.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengurus Eksekutif Kanan Indera Motors Sdn Bhd, Dayang Noormala binti Othman sebelum para jemputan menonton siri terbaru filem James Bond yang antaranya menampilkan kereta ikon British iaitu Land Rover di jalan Rom dan kawasan berais di Austria.

Antara pelanggan Indera Motor Sdn Bhd dan ahli-ahli Perdana BIBD yang diraikan dengan menyaksikan filem James Bond di Empire Cinema.
Antara pelanggan Indera Motor Sdn Bhd dan ahli-ahli Perdana BIBD yang diraikan dengan menyaksikan filem James Bond di Empire Cinema.

ARTIKEL YANG SAMA