Pelanggan NBT Toyota Kuala Belait diraikan

Pelanggan NBT Toyota Kuala Belait diraikan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 22 Julai – Syarikat NBT Toyota Kuala Belait, hari ini, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya, dengan mengundang orang awam termasuk para pelanggan dan ahli keluarga pegawai dan kakitangannya.

Majlis yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang, dan berhenti untuk menghormati Solat Jumaat daripada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang itu dikendalikan oleh gabungan Jabatan 3S, iaitu, bahagian jualan (sales), perkhidmatan (service) dan alat ganti (spare part) NBT Toyota Kuala Belait.

Dianjurkan setiap tahun, majlis tersebut merupakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan mereka dan juga orang ramai yang selama ini memberikan sokongan ke atas syarikat berkenaan, selain untuk lebih mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu sama lain.

Warga NBT Toyota Kuala Belait bersama pelanggan dan orang awam yang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya mereka kelmarin.
Warga NBT Toyota Kuala Belait bersama pelanggan dan orang awam yang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya mereka kelmarin.

Pada majlis itu, para tetamu disajikan dengan pelbagai hidangan raya termasuk berbagai-bagai jenis kuih-muih, beraneka warna kek dan sebagainya.

Dalam kesempatan majlis tu, NBT turut memperkenalkan promosi Hari Raya untuk kenderaan jenama Toyota bagi tawaran bulan Julai, yang termasuk ansuran percuma bagi semua model Toyota seperti Vios, Wigo, Etios, Avanza dan Hilux.

ARTIKEL YANG SAMA