Pelanggan OGH menang TV 40 inci

Pelanggan OGH menang TV 40 inci

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Awang Mohd Roslan bin Abdul Ghani membawa pulang sebuah Televisyen LED 40 inci Philips, setelah terpilih sebagai pemenang minggu ketiga promosi “Makan & Menang Ramadan” Hotel Orchid Garden (OGH), hari ini.

Penyampaian hadiah kepada Awang Mohd Roslan yang bersungkai di OGH bersama keluarganya pada 5 Julai yang lalu, telah disempurnakan oleh Pengarah Makanan & Minuman OGH, Awang Amirol Misli.

Sepanjang promosi ini, setiap minggu di bulan Ramadan para pelanggan akan berpeluang memenangi hadiah sama ada TV LED Philips 42 inci, Samsung Galaxy S6 LTE 64GB, Baucer Katering OGH bernilai B$2,000 atau Apple iPhone 6 Plus 64 GB.

Selain itu, pelanggan yang menyertai peraduan bergambar semasa bersungkai dan bersahur dalam bulan Ramadan, dengan hanya memuat naik gambar makan di Orchid Garden Hotel melalui Instagram akan berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy S6 Edge (64GB).

Awang Mohd Roslan selaku pemenang minggu ketika bergambar ramai bersama anak beliau dan Amirol Misli. Beliau memenangi sebuah Televisyen LED 40 inci Philips.
Awang Mohd Roslan selaku pemenang minggu ketika bergambar ramai bersama anak beliau dan Amirol Misli. Beliau memenangi sebuah Televisyen LED 40 inci Philips.

ARTIKEL YANG SAMA