Pelanggan Pameran Pelancongan dapat ganjaran

Pelanggan Pameran Pelancongan dapat ganjaran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Setelah membeli tiket penerbangan daripada Darussalam Holdings Sdn Bhd semasa Pameran Pelancongan Brunei yang lalu, Dayang Nor Liyana Naqibah binti Bahren telah memenangi satu tiket penerbangan ke London dalam majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah yang diadakan di Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC), di sini, hari ini.

Sementara itu, Dayang Siti Nurzafirah binti Abdul Aziz, berusia lima bulan diwakili oleh bapanya Abdul Aziz bin Haji Mohd, telah memenangi dua tiket penerbangan pergi balik ke Melbourne setelah membeli tiket di Freme Travel Services.

Dua lagi pelanggan bertuah, Kok Ngean memenangi tiga tiket penerbangan pergi balik ke Denpasar, Bali, dan Maggie Sim membawa pulang empat tiket penerbangan pergi balik ke Ho Chi Minh.

Selain daripada itu, tiga pemenang, Awang Mohammad Hajatul Nazri Roslan, Dayang Mastura binti Kalong dan Awang Morsidi bin Haji Damit memenangi pakej penginapan tiga hari, masing-masing di Holiday Inn Express Bangkok Sathorn, Siam (dua pemenang) dan Pathumwan Princess Hotel.

Lima lagi pemenang bertuah menerima GoPro Hero4 dan Powerbank setiap seorang, yang dimenangi oleh Tan Meng Gueh, Haji Mohamad bin Haji Othman, Awang Kamarul Azamain, Dayang Norazerina Arisha Abdullah Jiram dan Voo Nyet Yun.

pg10_151014_c

Irene Soon ketika menyampaikan kata-kata aluan.
Irene Soon ketika menyampaikan kata-kata aluan.
Gambar ramai para pemenang bersama wakil-wakil rakan kongsi.
Gambar ramai para pemenang bersama wakil-wakil rakan kongsi.

Lam Kiew Kham pula memenangi baucar kelas pengenalan menyelam selama sehari di Bali tajaan Nautilus Diving Bali dan powerbank yang ditaja oleh Bank Baiduri.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada tiga ejen pelancongan teratas yang mencatat tempahan tertinggi dengan tempat pertama dimenangi oleh Pan Bright Travel Services diikuti oleh Darussalam Holdings Sdn Bhd tempat kedua dan Freme Travel Services Sdn Bhd di tempat ketiga.

Antara yang hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Komersial Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Joan Lim; Pengurus Besar Abacus Brunei, Irene Soon; Pengurus Kanan (Jualan dan Pemasaran) Abacus Brunei, Awang Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman; dan Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha wakil dari Bank Baiduri.

Terdahulu, Irene Soon dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, Pameran Pelancongan Brunei yang berlangsung pada 26 dan 27 September lalu telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

“Lebih 13,400 pengunjung hadir semasa pameran tersebut dan tempahan meningkat 13 peratus berbanding tahun lalu,” jelasnya lagi.

Kejayaan pameran tersebut juga hasil daripada sokongan berterusan dan penyertaan daripada rakan-rakan kongsi seperti RB, Bank Baiduri Berhad, Cityneon Displays & Construction, Malaysian Airlines Berhad, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Republik Indonesia, RBRC, Savy’s Brasserie, Singapore Airlines, Anthony Tours & Travel Agency, Bank Islam Brunei Darussalam, Century Travel Centre, Darussalam Holdings, Freme Travel Services, JJ Tour Service, Pan Bright, Travel Service, Southern Cross Travel Agencies, Taiwan Tourism Bureau, The Hong Kong and Shanghai Banking dan Tourism Authority of Thailand.

ARTIKEL YANG SAMA