Pelanggan Perdana diperkenal Su Misura

Pelanggan Perdana diperkenal Su Misura

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Pelanggan-pelanggan Perdana Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, telah dijemput untuk mendapatkan pengalaman Su Misura (Made-To-Measure atau Tempahan) daripada tukang-tukang jahit pakaian mewah Itali, Canali, untuk menghasilkan sut-sut, jaket, seluar panjang dan baju tersendiri daripada bahan-bahan terbaik, semuanya dihasilkan menggunakan tangan di Itali.

Menurut kenyataan BIBD, tukang jahit agung Canali, Alessandro Trevisan, didatangkan khas bagi menawarkan pengalaman Su Misura terkenalnya dalam memberikan konsultasi mengenai setiap cita rasa dan keperluan tertentu pelanggan.

Ini membolehkan beliau mengenal pasti gaya asas dan potongan pakaian yang sesuai bagi mana-mana cita rasa dan bentuk badan, mengumpulkan ukuran dan butiran pengubahan bagi memastikan bahawa sut Su Misura dihasilkan mengikut pergerakan, postur dan gaya pilihan pelanggan.

Pengalaman berkenaan juga membolehkan peserta memilih fabrik-fabrik Canali daripada yang selesa dan kain kalis air sehingga fabrik Kashmir dan gabungan lembut bulu angora, unta dan mohair, di samping gabungan bulu asli klasik, linen dan sutera serta Super 200s (tekstil yang mempunyai kualiti luas biasa bagi connoisseur sebenar).

Antara para pelanggan eksklusif BIBD yang diundang pada acara Su Misura.
Antara para pelanggan eksklusif BIBD yang diundang pada acara Su Misura.

pg09_151009_a

Selesai pemilihan fabrik, proses Su Misura membolehkan sentuhan peribadi seperti memilih pelbagai jenis butang dan poket-poket tambahan. Setiap sut Su Misura adalah unik dan, bagi menandakannya, ia didatangkan dengan label yang tertera nama pelanggan.

Canali merupakan syarikat pakaian Itali yang mengkhususkan pakaian mewah lelaki dan mempunyai lebih 80 tahun pengalaman sejak ditubuhkan pada tahun 1934.

Menurut kenyataan BIBD, jemputan eksklusif bagi menyedang sut mewah ini adalah antara pelbagai keistimewaan menjadi ahli Perbankan Keistimewaan Perdana BIBD.

Antara acara lain, baru-baru ini, termasuk menyaksikan pelancaran Jaguar XE, Kejohanan Golf Perdana tahunan dan taklimat hartanah eksklusif untuk membantu mempelbagaikan portfolio mereka.

Faedah-faedah lain menjadi ahli BIBD Perdana termasuk ganjaran khas dan keistimewaan di kedai-kedai terpilih di samping keahlian percuma bagi Pas Prioriti yang menyediakan akses kepada 850 ruang istirahat lapangan terbang di lebih 120 buah negara dan 400 buah bandar di seluruh dunia.

Bagi maklumat lanjut mengenai BIBD Perdana, bolehlah menghubungi Pusat Panggilan BIBD Perdana di talian 223 6688.

ARTIKEL YANG SAMA