Pelanggan SCB terima hadiah bagi promosi simpanan

Pelanggan SCB terima hadiah bagi promosi simpanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Promosi Simpanan Bank Standard Chartered (SCB) yang berlangsung selama lima bulan berakhir dengan cabutan utama yang diadakan di Pusat Perbankan Prioriti, Gadong, kelmarin.

Dalam cabutan itu, Tan Eng Eng memenangi hadiah utama berupa pakej percutian tiga hari dua malam untuk dua orang ke Bali termasuk tempat penginapan di Bvlgari Hotel Bali (Premier Ocean View Villa) dan makan malam percuma di Il Ristorante dengan menu Degustazione.

Sementara itu, Hii Chung Hua membawa pulang tiket penerbangan pergi balik ke Paris selaku pemenang kedua dan Awang Malik Faisal bin Mahlan (tidak hadir) di tempat ketiga memenangi tiket pergi balik ke Singapura untuk dua orang dengan pakej berkembar Resort World Sentosa Ultimate selama tiga hari dua malam.

Manakala itu, Hii Chow Leh dan Donald Chin Tau Lok masing-masing memenangi kerusi kulit LayZboy dan set stereo Bang and Olufsen Beoplay A8.

Menurut Kenyataan SCB, promosi yang berjalan dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2015 itu membolehkan pelanggan mendapatkan kadar faedah bonus apabila mereka mendepositkan dana baru ke dalam Akaun Semasa Akaun Simpanan (CASA). Selain itu, ia juga membolehkan pelanggan mendapatkan kadar faedah promosi apabila mereka mendepositkan dana baru dengan jumlah minuman dalam mata wang Brunei, Australia dan New Zealand.

Antara pelanggan SCB yang bertuah dan pihak pengurusan SCB pada majlis penyerahan hadiah berkenaan.
Antara pelanggan SCB yang bertuah dan pihak pengurusan SCB pada majlis penyerahan hadiah berkenaan.

Pada September, Oktober dan November tahun lalu, pelanggan-pelanggan yang menyertai promosi berkenaan berpeluang memenangi hadiah dalam cabutan bonus bulanan, yang menawarkan hadiah-hadiah seperti baucar Supa Save bernilai $200, iPad Mini 3 WiFi 16GB dan Samsung Galaxy A7.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk CASA SCB, orang ramai bolehlah menghubungi pusat pelanggan 24 jam di talian 2658000.

ARTIKEL YANG SAMA