Pelanggan TAIB bawa pulang hadiah menarik

Pelanggan TAIB bawa pulang hadiah menarik

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Lima orang pelanggan bertuah Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd telah membawa pulang hadiah utama dalam promosi ‘Participate & Win’.

Dalam promosi itu, Dayang Siti Huzzymah membawa pulang sebuah MacBook, Dayang Norainie binti Mohd Ali memenangi sebuah peti sejuk, Haji Mohd Zain pula menang mesin pencuci, Awang Hanafi membawa pulang iPad dan Dayang Aidah memenangi sebuah televisyen LG.

Pada majlis cabutan utama dan penyampaian hadiah, hari ini, 10 pemenang lain juga membawa pulang hadiah berupa baucar bernilai $100.

Hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan TAIB, Haji Osman bin Mohd Jair.

Antara sepuluh pelanggan yang juga menerima hadiah mereka.
Antara sepuluh pelanggan yang juga menerima hadiah mereka.
Para pemenang hadiah utama bergambar ramai bersama Haji Osman.
Para pemenang hadiah utama bergambar ramai bersama Haji Osman.

Menurut kenyataan Insurans Islam Taib Family Takaful, promosi berkenaan bermula sejak 23 Oktober 2015 hingga 31 Januari 2016 sempena pembukaan Ibu Pejabat Insurans Islam TAIB yang baru di Kiulap.

Sebanyak 500 penyertaan menyertai promosi berkenaan dan hanya 15 pemenang membawa pulang hadiah-hadiah menarik sumbangan Insurans Islam TAIB.

Insurans Islam TAIB juga menyediakan dan menawarkan pelbagai pelan untuk memenuhi permintaan orang ramai dan pelanggan tetapnya seperti Perancangan Keluarga, Perlindungan Berkumpulan, Perlindungan dan Simpanan, Gadai Janji dan Perancangan Kewangan.

ARTIKEL YANG SAMA