Pelanggan Taib dapat iPhone 6

Pelanggan Taib dapat iPhone 6

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Empat orang pelanggan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) menerima hadiah istimewa berupa iPhone 6 setiap seorang sebagai hadiah utama Cabutan Bertuah Kempen Pengemaskinian Maklumat Pelanggan (CIF).

Pelanggan-pelanggan bertuah berkenaan ialah Awang Ahmad Mohsin bin Haji Abdul Manan, Hajah Lipah binti Yusof, Awang Amir Hamizan bin Awang Kassim dan Haji Mohd Daud bin Tuah.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat TAIB, Bandar Seri Begawan, petang tadi, ialah Pegawai Eksekutif Operasi Cawangan, Dayang Melissa binti Haji Omar.

Majlis turut menyaksikan Dayang Melissa menyampaikan hadiah saguhati kepada enam orang peserta yang lain.

Bergambar ramai bersama para pemenang hadiah utama.
Bergambar ramai bersama para pemenang hadiah utama.

Kempen CIF yang telah bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September lalu itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelanggan akan keperluan dan kepentingan untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka seperti penukaran alamat rumah, nombor telefon dan lain-lain di Perbadanan TAIB.

Dengan membuat pengemaskinian maklumat, ia akan memudahkan Perbadanan TAIB untuk berkomunikasi dengan para pelanggan secara lebih efisien dan efektif.

ARTIKEL YANG SAMA