Pelanggan TBK menang iPad Air

Pelanggan TBK menang iPad Air

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Tuah memihak kepada Awang Sukor bin Ashak dan Dayang Hajijah binti Haji Metasim apabila masing-masing membawa pulang iPad Air 2 setelah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah suku kedua Takaful Brunei Keluarga (TBK) di majlis yang berlangsung di ibu pejabat TBK, Kiulap, hari ini.

Penyampaian hadiah kepada pelanggan bertuah berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar TBK, Hajah Mahana binti Haji Ajak.

Awang Sukor semasa ditemui Media Permata melahirkan perasaan gembira dan bersyukur atas rezeki yang telah diterima.

Menurutnya, ini merupakan tahun kedua beliau menggunakan salah satu produk TBK iaitu Takaful Nur Savings dan menyeru orang ramai agar menggunakan produk-produk di TBK kerana ia amat berbaloi bagi masa hadapan.

Pemenang iPad Air 2 bergambar ramai dengan Hajah Mahana dan pegawai TBK.
Pemenang iPad Air 2 bergambar ramai dengan Hajah Mahana dan pegawai TBK.

Bagi pelanggan baru yang menggunakan produk-produk TBK dan pelanggan yang membuat pembaharuan bagi produk TBK mereka akan layak untuk mengikuti cabutan bertuah ini, yang mana dua lagi akan terpilih bagi cabutan suku tahunan.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Takaful Brunei, orang ramai bolehlah mengunjungi ibu pejabat TBK di Unit 1 & 2, Kompleks Setia Kenangan, Kampung Kiulap atau mana-mana cawangannya, atau hubungi talian 2231100 atau layari laman sesawang Takaful Brunei www.takafulbrunei.com.bn dan ikuti akaun Facebook dan Instagram di @takafulbrunei.

ARTIKEL YANG SAMA