Pelanggan Volkswagen bawa pulang hadiah menarik

Pelanggan Volkswagen bawa pulang hadiah menarik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Seramai 14 pemenang memenangi hadiah istimewa sempena Promosi Sebelum Cuti Sekolah Volkswagen anjuran Maju Motors Sdn Bhd yang bermula sejak Ogos lalu.

Pemenang-pemenang menerima hadiah berupa penginapan dua hari satu malam di Hotel StarLodge, baucar minyak, tiket menonton wayang dan baucar Sugar Bun.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Dr. Chan Sui Kiat bersama ketua-ketua bahagian syarikat itu dalam majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen di sini dan dihadiri lebih 100 pelanggan setianya.

Promosi Sebelum Cuti Sekolah Volkswagen bermula Ogos hingga November ini memberi peluang kepada peminat Volkswagen mendapatkan model kereta Volkswagen kegemaran mereka pada harga menarik.

Pada ketika ini, Maju Motors menawarkan promosi tiga bulan bayaran ansuran percuma bagi Volkswagen Scirocco 1.4TSI yang merupakan antara model laris Volkswagen, menampilkan tempat duduk kulit dan panel papan pemuka moden dengan teknologi terkini dan rekaan yang memberikan keselesaan kepada pemiliknya.

Dr. Chan Sui Kiat bergambar ramai bersama para pemenang.
Dr. Chan Sui Kiat bergambar ramai bersama para pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA