Pelantar utama acara pelayaran Rio runtuh

Pelantar utama acara pelayaran Rio runtuh

RIO DE JANEIRO, 31 Julai – Sebahagian pelantar utama di Marina da Gloria, tempat acara pelayaran Olimpik di Rio de Janeiro runtuh hari ini.

Tiada yang cedera kata penganjur dalam kejadian yang meningkatkan persoalan mengenai kualiti binaan di bandar raya yang menganjurkan Olimpik itu.

Philip Wilkinson, jurucakap jawatankuasa penganjur Rio 2016, menyalahkan ombak besar dan ribut kuat. Struktur yang runtuh itu adalah binaan sementara, menjadi laluan utama untuk bot ke laut.

Wilkinson juga berkata syarikat pembinaan bertanggungjawab terhadap projek itu dijangka akan membaikinya dalam tempoh empat hari. Saingan acara pelayaran akan bermula 8 Ogos.

Pandangan dari udara Marina da Gloria yang akan menjadi tuan rumah acara pelayaran semasa Rio Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 26 Julai yang lalu. Sebahagian pelantar utama di Marina da Gloria, tempat acara pelayaran Olimpik di Rio de Janeiro runtuh semalam. - AFP
Pandangan dari udara Marina da Gloria yang akan menjadi tuan rumah acara pelayaran semasa Rio Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 26 Julai yang lalu. Sebahagian pelantar utama di Marina da Gloria, tempat acara pelayaran Olimpik di Rio de Janeiro runtuh semalam. – AFP

Latihan tidak akan terganggu kerana bot boleh menggunakan pelantar kekal bersebelahan yang runtuh itu, kata jurucakap Rio 2016.

Persekutuan Pelayaran Dunia berkata dalam kenyataannya bahawa mereka akan melihat secara dekat usaha untuk memperbaikinya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA