Pelantikan baru jawatankuasa takmir masjid

Pelantikan baru jawatankuasa takmir masjid

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampung Mulaut, yang baru dilantik telah menerima surat lantikan masing-masing dalam majlis yang berlangsung di masjid berkenaan baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan penyampaian surat lantikan ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku tetamu kehormat majlis.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Haji Khairul Nizam bin Haji Moh. Said dan diikuti dengan ucapan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat takmir masjid oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Haji Jamil bin Haji Abdul Ghani.

Acara diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan penyampaian surat lantikan sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Tetamu kehormat menyampaikan surat lantikan kepada ahli yang baru dilantik.
Tetamu kehormat menyampaikan surat lantikan kepada ahli yang baru dilantik.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa takmir masjid yang baru dilantik.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa takmir masjid yang baru dilantik.

ARTIKEL YANG SAMA