Pelantikan baru MPP UNISSA

Pelantikan baru MPP UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Haji Muhamad Nuralif bin Haji Talib dari Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam dipilih sebagai Yang Di-Pertua baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA bagi sesi seterusnya selepas pembubaran MPP sesi 2014/2015 kelmarin.

Turut dilantik ialah Naib Yang Di-Pertua I, Awang Muhammad Arif bin Haji Johari dari fakulti yang sama sementara Naib Yang Di-Pertua II ialah Dayang Siti Julaiha binti Puasa dari Fakulti Syariah dan Undang-undang.

Pembubaran dan pelantikan semula berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Gambar ramai ahli jawatankuasa MPP yang baru dilantik.
Gambar ramai ahli jawatankuasa MPP yang baru dilantik.
Haji Muhamad Nuralif (kanan) dilantik menjadi Yang Di-Pertua MPP baru.
Haji Muhamad Nuralif (kanan) dilantik menjadi Yang Di-Pertua MPP baru.

Hadir pada majlis itu ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan UNISSA, tenaga-tenaga akademik, pegawai-pegawai, kakitangan sokongan, mahasiswa/i dan ahli MPP, Persatuan Pelajar, UNISSA.

MPP merupakan organisasi pelajar yang dibentuk melalui sistem demokrasi secara proses pemilihan. Ia dianggotai oleh mahasiswa dan mahasiswi UNISSA yang dikendalikan oleh Dekan Pelajar.

Selain tiga jawatan utama itu, calon-calon lain turut diumumkan untuk mengisi tujuh jawatan yang ada dalam MPP.

ARTIKEL YANG SAMA